a) Memotong lurus
Gergaji besi digunakan bagi memotong bahan logam. Pastikan mata gergaji yang dipasang pada bingkai diketatkan dengan sempurna. Pastikan juga kedudukan mata gergaji menghala ke hadapan. Pemilihan mata gergaji hendaklah dibuat berdasarkan kekerasan bahan . Mata gergaji yang terdapat di pasaran boleh diperoleh dalam pelbagai saiz seperti 14,18, 24 dan 32 gigi per 25mm. Bagi bahan yang mempunyai kekerasan yang tinggi,pemilihan gigi yang halus adalah lebih sesuai.walau bagaimanapun, jika hendak memotong lurus bagi benda kerja yang kecil, junior saw hendaklah digunakan kerana junior saw boleh dikendalikan dengan sebelah tangan sahaja.
Bagi memotong lurus bahan kayu , gergaji puting amat sesuai digunakan. Ketegaran bahagian atas gergaji ini tidak membenarkan mata gergaji daripada melengkung dan dengan itu, pemotongan lurus dapat dihasilkan .Benda kerja hendaklah diapit pada ragum apabila memotong.
Bagi memastikan kerja-kerja memotong dapat dijalankan dengan tepat dan berkesan. Langkah-langkah berikut hendaklah diikuti:
- apabila memotong dengan gergaji, gunakan keseluruhan mata pemotong.
- pegang gergaji dengan betul supaya kedudukan jari telunjuk berada di sepanjang pemegang gergaji.
- pemotongan hendaklah dibuat di sebelah bahagian yang akan dibuang.
- apabila hendak memulakan pemotongan ,buat tanda pemotongan dengan menggerakkan gergaji ke belakang beberapa kali. Gunakan ibu jari sebagai pemandu semasa memulakan pemotongan.
b) Memotong Lengkuk
Gergaji lengkuk halus(coping saw) digunakan untuk memotong garisan lengkuk. Berbeza dengan gergaji besi, mata gergaji halus ini dipasang dengan giginya menghala ke belakang. Hal ini membolehkan gergaji memotong hanya apabila ditarik. Mata gergajinya yang fleksibel dan halus membolehkan pemotongan melengkuk dibuat.
Bagi memotongan kepingan kayu atau plastik. pemotongan boleh dibuat menggunakan jig saw. Jig saw ini menggunakan kuasa elektrik untuk menggerakkan mata gergajinya ke atas dan ke bawah. Mata gergaji ini dipasang pada mesin dengan menghala ke bawah.
Bagi bahan logam kepingan, memotong garis lengkuk boleh dilakukan dengan menggunakan gunting logam lengkuk.Gunting logam lengkuk membolehkan garisan lengkuk dibuat. Wala bagaimanapun, jika hendak membuat pemotongan melengkuk di bahagian tengah benda kerja, satu lubang perlu dibuat terlebih dahulu dengan menggunakan mesin gerudi. Permotongan dibuat secara putaran, bermula daripada bahagian lubang yang telah gerudi tadi menghala ke garisan pemotongan.
c) Merata dan Melicinkan Permukaan
Bahan yang telah siap dipotong mengikut ukuran yang diperlukan boleh dirata dan dilicinkan permukaannya menggunakan alat pengetam. Walau bagaimanapun, sebelum kerja-kerja mengetam dijalankan , mata pengetam perlu dilaras terlebih dahulu.
Bagi melaras mata pengetam, alat pengetam diterbalikkan untuk melihat kedudukan mata pengetam yang berada pada tapak. Laraskan mata pengetam dengan memusing skru pelaras sehingga mata pengetam dapat dilihat sedikit sahaja. Jika mata pengetam terlalu terkeluar daripada permukaan tapak, kerja mengetam akan tersekat-sekat dan akan menyebabkan permukaan kayu terkopek. Pastikan juga mata pengetam selari dengan tapak pengetam dengan melaras tuil pelaras sisian.
Apabila kerja mengetam dijalankan ,benda kerja hendaklah diapitkan pada ragum meja. Bagi mengelakkan hujung benda kerja daripada terkopek atau pecah semasa kerja mengetam dijalankan, hujung benda kerja perlu dilapitkan dengan kayu reja.
Bagi memastikan kerja-kerja mengetam dapat dijalankan dengan sempurna dan berkesan,langkah-langkah berikut hendaklah diikuti:
- Pengetam hendaklah dipegang dengan kuat dengan sebelah tangan memegang pemegang dan yang sebelah lagi memegang tombol pemegang.
- Apabila mengetam, berdiri di belakang benda kerja dan mengetam ke hadapan sahaja(satu arah)
- Berdiri dengan jarak antara kedua kaki yang sesuai bagi mendapatkan imbangan yang baik semasa mengetam.
d) Memangkas benda kerja(Trimming)
Membentuk bahan kayu atau bahan lembut lain boleh digunakan dengan menggunakan pengikis atau surfoam. Alat ini dikendalikan menggunakan kedua-dua tangan di mana sebelah tangan memegang pemegang dan sebelah lagi memegang hujung pengikis atau surfoam. Ketam golek boleh juga digunakan untuk membentuk. Ketam golek boleh diperoleh sama ada tapak yang berbentuk rata untuk memangkas permukaan cembung atau tapak yang berbentuk bulat untuk memangkas permukaan cengkung.
Mesin pelelas merupakan satu lagi alat yang boleh digunakan untuk melelas benda kerja. Mesin ini sangat sesuai digunakan untuk melas bahan-bahan seperti kayu dan plastik. Mesin ini dikendalikan menggunakan kuasa elektrik di mana belt pelekas berpusing dan benda kerja diletakkan di atasnya dengan mengenakan tekanan yang ringan. Bagi mengelakkan benda kerja daripada menjadi terlalu panas dan menghasilkan kesan terbakar di atas permukaan benda kerja,benda kerja hendaklah digerakkan secara berterusan di atas belt pelelas.
Semasa menggunakan mesin pelelas belt, pastikan beberapa peraturan keselamatan dipatuhi
- pakai pelinding habuk semasa melelas
- jauhkan jari daripada belt pelelas
- pakai pelindung mata.
- jangan gunakan mesin ini bagi benda kerja yang kecil
- melelas menggunakan bahagian belt yang berpusing ke arah menurun.
- tutup suis mesin selepas digunakan.
e) Mengikir
mengikir merupakan satu kaedah untuk menjadikan tepian benda kerja ,sama ada diperbuat daripada logam atau plastik, menjadi licin dan bebas daripada tepian tajam. Terdapat dua jenis kikir yang biasa digunakan iaitu:
- Kikir tangan- berbenuk salari dari hujung ke pangkal dan satu tepian tanpa mata, Ini bagi memastikan kerja-kerja mengikir tidak merosakkan bahagian bersudut.
- kikir rata- bentuknya serong menirus ke bahagian hujung bagi memudahkan kerja-kerja membesarkan lurah yang kecil.
kedua-dua jenis kikir ini boleh diperoleh mengikut gred, iaitu daripada kikir kasar yang mempunyai 30 gigi per 25mm hingga paling halus 60 gigi per 25mm. kikir juga boleh dapati sama ada dari jenis gigi selari atau gigi silang. Bentuk kikir juga pelbagai dan boleh diperoleh dalam beberapa saiz. Bentuk kikir yang paling kerap digunakan ialah kikir segi tiga, segi empat, bulat dan separuh bulat.
f) Teknik Mengikir
terdapt dua teknik mengikir iaitu mengikir tarik dan mengikir lintang.Teknik kikir melintang digunakan untuk membuang bahagian bahan yang tidak diperlukan dengan cepat dan banyak manakala teknik kikir tarik digunakan untuk kerja-kerja kemasan di samping menghilangkan kesan-kesan mengikir yang ditinggalkan semasa mengikir lintang.
Bagi memastikan kerja-kerja mengikir dapat dijalankan dengan sempurna dan berkesan, langkah-langkah berikut hendaklah diikuti:
- Apitkan benda kerja dengan garisan bertanda untuk dibuang hampir ke rahang ragum.
- jika mengikir logam kepingan yang nipis,lapikkannya dengan blok kayu dan diapit ke ragum.
- Gunakan kedua-dua tangan semasa mengikir.
- gunaka keseluruhan mata kikir.
- semasa mengikir, berikan tekanan yang jitu terhadap kikir semasa menolaknya ke hadapan.
- gunakan teknik kikir melintang terlebih dahulu sehingga hampir kepada garisan yang dikehendaki.Gunakan kikir gigi silang untuk kerja kemasan.
- periksa dengan kerap kerataan dan ketepatan permukaan bahan yang dikikir.
- bersihkan habuk yang melekat di celah-celah mata kikir dengan menggunakan berus kikir.
- jangan menggunakan kikir tanpa pemegang.
g) Memahat
Dengan menjalankan kerja-kerja memahat, pembinaan alur atau lurah dapat dilakukan dengan mudah. Pahat boleh dikendalikan sama ada dengan menggunakan tangan (paring) atau menggunakannya bersama-sama gandin. Pastikan benda kerja diapit dengan kuat pada ragum atau pengapit semasa menggunakan pahat.
Pahat sejuk ialah alat yang digunakan untuk memahat kepingan logam. Kepingan logam hendaklah diapit pada ragum meja dengan garisan memotong diletakkan sebaris dengan permukaan rahang ragum.Pahat diletakkan pada sudut 45" dari tepi logam dan 30 " dari permukaan ragum dan pemotongan dimulakan dengan mengetuknyta menggunaakan tukul bongkol bulat..
Bagi memastikan kerja-kerja memahat dilakukan dengan selamat dan berkesan,langkah -langkah berikut hendaklah diikuti:
- Pastikan anggota badan berada di belakang mata pemotong pahat semasa bekerja.
- pastikan pahat dipegang pada sudut yang betul semasa memotong.
- jangan gunakan pahat yang tumpul.
- jangan gunakan pahat yang berkepala cendawan.
- gunakan gandin jika menggunakan pahat tepi serong.
- pakai gogal semasa memahat
- semasa memahat, tumpuan perhatian kepada garisan pemotongan bukan kepada pahat.
h) Menggerudi
Selain kerja-kerja memotong dan membentuk,kerja-kerja menggerudi tidak kurang pentingnya. Kerja-kerja ini boleh dilakukan sama ada menggunaakan mesin gerudi lantai atau mesin gerudi meja dan gerudi mudah alih. sebelum kerja-kerja menggerudi dijalankan,kenal pasti terlebih dahulu bahan yang hendak digerudi kerana untuk menggerudi bahan yang keras,kelajuan gerudi perlu diubah pada kelajuan yang rendah. Bagi melaras kelajuan mesin gerudi ini, kedudukan tali takal dan takal atau puli hendaklah diubah.
Semasa melakukan kerja-kerja menggerudi, langkah-langkah yang berikut hendaklah diambil kira bagi menjamin keselamatan dan kesempurnaan kerja yang dijalankan.
- jangan memegang benda kerja dengan tangan semasa menggerudi,gunakan aprit-G
- lapik benda kerja yang hendak digerudi dengan kayu terbuang bagi memastikan kerja menggerudi dapat dijalankan dengan sempurna dan tidak merosakkan bahan lain tanpa sengaja.
- pastikan mata gerudi diikat dengan kuat dan semua peranti keselamatan digunakan semasa menggerudi.
- jika menggerudi bahan logam,bahagian yang hendak digerudi hendaklah ditanda terlebih dahulu menggunakan penebuk pusat.
- jika hendak menggerudi saiz lubang yang besar,gerudi dahulu lubang kecil sebagai lubang panduan(pilot hole)
- jangan menggunakan tekanan yang terlalu kuat semasa menggerudi kerana ini akan memberhentikan pusinggan spindle dan pemotongan.
- apabila menggerudi, mata gerudi perlu selalu diangkat seketika untuk mengeluarkan bahan yang telah dipotong.
i) Menggerudi lubang bersaiz kecil
bahan logam yang hendak digerudi, terlebih dahulu ditanda menggunakan penebuk pusat manakala senggerek(bradawal) digunakan bagi bahan kayu. Ini bagi memastikan proses menggerudi dapat dilakukan pada tempat yang betul dan tidak tersasar. Saiz mata gerudi boleh diperoleh mengikut saiz garis pusat iaitu mulai dari 1.00mm hingga 13.0mm .Badan bagi mata gerudi ini biasanya berbentuk silinder dan diikat kepada mesin gerudi pada bindunya.
Sering kali skru atau ribet yang digunakan untuk menyambung atau mengikat dua bahagian bahan meninggalkan kepalanya tercembul di permukaan sambungan. Untuk mangatasi masalah ini, lubang benam dibuat bagi memastikan kepala skru atau ribet terbenam di dalam lubang benam ini. Lubang benam ini dihasilkan dengan menggunakan mata gerudi lubang benam atau mata gerudi ros(countersunk drill).
ii) Menggerudi lubang bersaiz besar
sebagaimana yang telah dinyatakan,untuk menggerudi lubang yang bersaiz besar, lubang bersaiz kecil perlu dibuat terlebih dahulu sebagai lubang pandu(pilot hole) .Kelajuan spindle juga perlu dilaras kepada kelajuan yang rendah.
Saiz mata gerudi boleh diperoleh mengikut saiz garis pusat batangnya iaitu bermula daripada saiz 10.0mm hingga 30.0mm . Badan bagi mata gerudi ini biasanya berbentuk tirus dan diikat terus kepada bindu mesin gerudi.
untuk menggerudi lubang yang bersaiz 30mm, forstner bit digunakan. Mata gerudi ini mempunyai mata 1 di bahagian tengah, yang berfungsi untuk mendapatkan kedudukan garis pusat lubang yang digerudi.
jika menggerudi lubang yang bergaris pusat 75mm, mata holesaw digunakan. Di bahagian tengah mata gerudi ini terdapat mata gerudi kecil yang berfungsi untuk mendapatkan garis pusat lubang yang hendak digerudi dengan tepat.
Rumusan
1) fungsi peralatan dan perkakasan
- mengukur dan menanda
- memegang dan menyokong
- memotong
- melicin dan merata
- menggerudi
2) Peralatan dan perkakasan hendaklah digunakan dengan cara dan teknik yang betul. bagi memastikan keselamatan pelajar terjamin dan peralatan sentiasa berada dalam keadaan yang baik.
3)Perancangan pembinaan sesebuah model atau prototaip dibuat bagi memastikan hasil pembuatan model dapat dihasilkan dengan sempurna dan memenuhi keperluan.
4)kaedah kerja yang tersusun dan terancang akan memberikan kelebihan,iaitu model atau prototaip dapat disiapkan tepat pada waktunya serta berkualiti.
No comments:
Post a Comment