a) Plastik
Plastik boleh dikatakan sebagai bahan yang baru berbanding kayu dan logam. Walau bagaimanpun, teknologi penggunaan plastik telah berkembang dengan pesat. Penggunaannya begitu ketara dalam sektor pembuatan dan penghasilan kebanyakan produk hari ini seperti kerusi,perabot, kasut, pakaian,bangunan,kenderaan dan banyak lagi.Plastik dikenali juga sebagai polimeter dan boleh diperoleh dalam pelbagai jenis serta mempunyai sifat-sifat mekanikalnya tersendiri. Plastik boleh diperoleh dalam pelbagai warna. Plastik digunakan secara meluas dalam perindustrian kerana sifatnya yang mudah dimesin dan dibentuk dengan pelbagai cara serta boleh menghasilkan kemasan permukaan yang menarik. Plastik dibahagikan kepada tiga jenis:
1) Plastik dan bahan semula jadi -Plastik ini dihasilkan secara semula jadi seperti daripada tulang,sarang lebah dan getah pokok. Sumber plastik yang lain ialah resin yang diambil daripada pokok pain yang dikenali sebagai amber.
2) Plastik semi-sintetik- Plastik jenis ini dihasilkan daripada campuran plastik semula jadi dengan bahan lain. Percampuran ini akan menghasilkan plastik baru dengan sifat mekanikal yang tersendiri. Sebagai contoh,campuran getah (latex)dan sulfur dilakukan untuk mendapatkan plastik yang lebih tahan lasak(durable) dikenali sebagai vulcanite.
3) Plastik sintetik- Plastik jenis ini merupakan plastik yang banyak digunakan dalam perindustrian masa kini. Plastik sintetik dihasilkan daripada minyak asli,arang atau gas. Haba dan tekanan digunakan untuk mengubah suai struktur molekulnya. Antara plastik sintetik tersebut adalah polistirena, akrilik,nilon dan lain-lain.
b) kayu
kayu merupakan bahan pembuatan yang sangat penting dan digunakan secara meluas dalam industri pembinaan,reka bentuk dalaman dan industri perabot. Terdapat pelbagai jenis kayu dan setiap satunya mempunyai sifat mekanikalnya tersendiri dari segi penampilan,kekerasan, berat dan ketahanannya daripada musanah. Semua jenis kayu adalah penebat yang baik kepada aliran elektrik dan haba.
1) Pengkelasan kayu
i. kayu buatan
- dihasilkan dengan saiz yang besar
- lebih kuat dibandingkan dengan kayu asli
- tidak terdapat kecacatan sebagaimana yang ada pada kayu asli seperti keretakan
- masalah pengecutan dapat dielakkan
ii. Venier
Venier ialah kepingan kayu yang mempunyai ketebalan yang kurang daripada 0.5mm. Venier dihasilkan melalui proses pemotongan iaitu kayu yang dipotong berada dalam keadaan berpusing(rotary cutting). kepinggan kayu ini kemudiannya digunakan untuk menghasilkan kayu lapis(plywood).
iii.Papan lapis(Plywood)
Papan lapis ialah papan yang dihasilkan dengan melekatkan tiga atau lebih kepingan venier. Kepingan venier ini disusun bersilang antara satu sama lain sebelum dilekatkan bersama. Papan lapis yang mempunyai lebih daripada tiga lapisan dikenali juga sebagai multi-plywood manakala papan lapis yang mempunyai lapisan yang tebal di bahagian tengah dikenali sebagai papan lapis stout-heart.
iv. Papan Lamin dan Papan Blok
Papan ini dihasilkan dengan menyusun beberapa batang kayu lembut dan dilekatkan bersama dengan kepingan kayu di atas dan di bawahnya. Perbezaan antara papan lamin dengan papan blok terletak pada saiz batang kayu yang digunakan untuk menghasilkannya.
v. Papan Cip(Chipboard)
Serpihan-serpihan kayu digunakan untuk menghasilkan papan jenis ini iaitu dengan melekatkan serpihan-serpihan kayu digunakan resin perekat sintetik di bawah tekanan dan haba.Permukaan papan cip ini disalutkan dengan lapisan sertakan plastik melamin untuk mengelakkannya daripada mudah rosak.Pada kebiasannya,papan cip ini digunakan untuk kerja-kerja dalaman sahaja.
vi. Papan Gentian (Fibreboard)
Papan gentian dihasilkan dengan mencampurkan kayu pulp(fibre) dengan resin perekat sintetik.Campuran ini kemudiannya dimampatkan dan digelek menjadi kepingan di bawah haba dan tekanan. Terdapat tiga jenis papan gentian di pasaran iaitu
- Hardboard
- Insulation board/softboard
- Medium density fibreboard
C) Logam
Logam boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu logam ferus(logam yang mengandungi besi) dan logam bukan ferus(logam yang tidak mengandungi besi). Kebanyakan logam yang digunakan pada hari ini merupakan logam yang telah dicampurkan dengan satu atau lebih bahan lain bagi mendapatkan sifat mekanikal yang dikehendaki. logam-logam ini kenali juga sebagai pancalogam.
Logam Ferus- besi tuang, keluli berkarbon rendah, keluli berkarbon sederhana, keluli berkarbon tinggi, keluli tahan karat.
Logam bukan ferus- aluminium,duralumin, kuprum, loyang,gangsa, zink, timah, piuter, plumbum.
i. Rawatan Haba ke atas Logam
sifat mekanikal sesuatu logam boleh diubah dengan melakukan rawatan haba ke atas logam tersebut. Rawatan haba ini melibatkan tiga peringkat atau proses iaitu:
- Proses pemanasan logam ke tahap suhu yang tertentu
- Mengekalkan suhu pemanasan ke satu jangka masa yang ditetapkan
- Proses penyejukan yang bersesuaian.
Rumusan
- bahan pembuatan terdiri daripada kayu ,logam dan plastik
- setiap jenis bahan ini mempunyai kebaikan dan kelemahannya yang tersendiri. Oleh itu, pemilihan bahan dalam menghasilkan produk dibuat mengikut kesesuaian dari segi sifat mekanikalnya, ketahanannya, keselamatan dan kos.
- dengan perkembangan teknologi terkini, bahan-bahan baru yang berasaskan bahan-bahan seperti kayu,logam dan plastik dihasilkan.
- Selain teknologi penghasilan bahan yang berkembang pesat, bahan-bahan ini dihasilkan dalam pelbagai bentuk sama ada dalam bentuk kepingan ,batang,padu dan berongga. Bahan boleh juga diperoleh dalam bentuk segi empat, bulat ,bersudut atau bentuk-bentuk yang direka khas mengikut keperluan pasaran.
No comments:
Post a Comment