Jenis dan Fungsi

Alat mengukur dan Menanda

Sebelum sesuatu bahan dipotong,dibentuk dan dicantum, kerja-kerja menanda dan mengukur perlu dilakukan. Dengan menanda terlebih dahulu, kerja memotong, membentuk dan mencantum dapat dilaksanakan dengan tepat,cepat dan memuaskan.Alat-alat mengukur dan menanda serta fungsinya ditunjukkan di bawah.

1) pensel

  • digunakan untuk kayu saja.
  • mananda saiz/ukuran di atas permukaan bahan dan menanda bahagian yang perlu dibuang/dipotong
2)pen felt
  • digunakan untuk plastik saja.
  • menanda permukaan bahan akrilik dan boleh dipadam bagi mengelakkan permukaan bahan daripada rosak.
3)Penggarit
  • digunakan untuk logam saja.
  • menanda permukaan logam kepada saiz/ukuran yang dikehendaki dan bagi menunjukkan kedudukan tempat yang perlu dilubangkan.
4) Pembaris keluli
  • digunakan untuk kayu,plastik dan logam
  • mengukur saiz yang dikehendaki dan menguji kerataan bahan.
5) Sesiku L
  • menguji sudut tepat
  • menguji kerataan
  • membolehkan garisan bersudut tepat diperoleh.
6) Tolok serong(sliding bevel)
  • digunakan untuk kayu dan plastik
  • untuk menanda garisan yang mempunyai sudut selain daripda sudut 90"
  • menanda tanggam bajang atau dovetail pada kayu.
7)Tolok pusat
  • digunakan untuk kayu,plastik dan logam.
  • untuk mendapatkan titk tengah/pusat bahan yang berbentuk slinder.
8)jangka tolok
  • digunakan untuk plastik dan logam.
  • untuk menanda garisan lengkuk atau bulatan.
9)Angkup Jenny
  • digunakan untuk kayu,plastik dan logam.
  • untuk menanda garisan lurus selari dengan tepian bahan
  • untuk mendapatkan pusat/tengah bagi sesuatu bulatan.
10)Angkup luar
  • digunakan untuk plastik dan logam.
  • untuk mengukur saiz garis pusat luar rod/paip/tiub.
11)Angkup dalam 
  • digunakan untuk plastik dan logam.
  • untuk mengukur saiz garis pusat dalam batang paip/tiub.
12) Tolok penanda
  • digunakan untuk kayu saja.
  • untuk menanda garisan lurus selari dengan tepian bahan
13)Tolok permukaan
  • digunakan untuk kayu dan logam
  • untuk menanda garisan selari pada permukaan bahan yang dipegang sama ada di atas blok- V atau ragum.
14)Pita pengukur
  • digunakan untuk kayu,plastik dan logam.
  • untuk mengukur saiz bahan.
15) Tolok Vernier
  • digunakan untuk kayu,plastik dan logam.
  • untuk mengukur saiz bahan yang memerlukan ketepatan sama ada bahan berbentuk kepingan,bulatan atau garis pusat dalam batang paip/tiub.
16)Penebuk pusat
  • digunakan untuk logam saja.
  • untuk menanda titik tengah di mana lubang akan digerudi.
17)Mikrometer
  • digunakan untuk plastik dan logam.
  • untuk mengukur ukuran dengan tepat bagi bahan yang rata/bulat.

Proses Mengukur dan Menanda
a)Rujukan Datum(Datum References)

Proses mengukur dan menanda ini memerlukan dua tepian bahan yang lurus dan bersudut tepat. Tepian ini juga dikenali sebagai rujukan datum(datum references) bagi bahan logam dan tepian muka(face edge) bagi bahan kayu. Tepian rujukan ini  amat penting untuk menentukan garisan atau lakaran yang akan dibuat kelak tepat. Jika tepian ini tidak rata,ia perlu diratakan dan diuji kerataannya . Kemudian,dengan menggunakan sesiku L dan penggarit/pensel ,bina garisan berserenjang dengan rujukan datum.

Menanda hendaklah dibuat menggunakan peralatan yang sesuai seperti dinyatakan di bawah:
  • Penggarit untuk menanda bahan logam
  • Pensel untuk menanda bahan kayu.
  • Pensel felt/marker untuk menanda bahan plastik.

i) Membina Garisan Selari Dengan Rujukan Datum Logam
Logam

Angkup Jenny digunakan untuk membina garisan selari dengan rujukan datum. Dapatkan jarak ukuran yang dikehendaki menggunakan pembaris keluli dan bina garisan selari dengan menggaritkan hujung kaki angkup jenny di atas permukaan bahan. Semasa menanda, condongkan sedikit angkup untuk memastikan garisan dapat dibuat dengan mudah, lurus dan seragam.


b) kayu
untuk menanda garisan yang selari dengan tepian muka bagi bahan kayu,tolok penanda digunakan. Tentukan jarak garisan yang dikehendaki dengan menggunakan pembaris keluli dan dengan mencondongkan sedikit tolok penanda, tandakan garisan di atas permukaan kayu. Pastikan penahan tolok penanda menyentuh rapat dengan tepian muka semasa menanda.

i) Menanda Garisan Condong
Garisan condong boleh dibuat dengan menggunakan tolok serong. Bilah pada tolok serong boleh dilaras mengikut sudut yang dikehendaki dan boleh dikekalkan dengan mengetatkan skru pengetat bilah. 

ii) Menanda Garisan Lengkuk dan Bulatan
Jangka tolok digunakan untuk menanda garisan lengkuk dan bulatan bagi bahan logam.Sebelum tanda lengkuk atau bulatan dibuat ke atas benda kerja dengan jangka tolok,titik tengah bagi lengkuk/bulatan hendaklah dikenal pasti dan ditanda dengan penebuk pusat terlebih dahulu.Kemudian, satu daripada kaki jangka tolok diletakkan pada titik yang telah ditanda tadi. Hal ini bertujuan untuk mengelakkan kaki jangka tolok daripada tergelincir semasa lengkuk/bulatan dibuat. Bagi bahan kayu dan plastik,jangka lukis digunakan untuk menanda garisan lengkuk/ bulatan di atas permukaannya.

iii) mengukur
untuk mengukur saiz panjang, lebar dan tinggi sesuatu bahan,pembaris keluli sering digunakan. Manakala untuk mengukur garis pusat luar bahan yang berbentuk bulat, angkup luar digunakan. Rapatkan kedua-dua kaki angkup merentangi garis pusat bahan,kemudian dapatkan bacaan dengan menggunakan pembaris keluli. Cara yang sama digunakan untuk mengukur garis pusat dalam sebatang paip dengan tolok dalam atau tolok vernier.


Alat Memegang dan Penyokong
Semasa proses mengukur dan menanda,memotong, membentuk, menyambung dan kerja kemasan, bahan kerja perlu dipegang bagi memastikan kerja dapat dilakukan dengan berkesan. Terdapat pelbagai cara dan alatan yang boleh digunakan untuk memegang bahan semasa bekerja. 

1) Ragum meja kayu
  • digunakan untuk kayu dan plastik.
  • menanda saiz/ukuran di atas permukaan bahan dan menanda bahagian yang perlu dibuang/dipotong
2)Ragum meja logam
  • digunakan untuk plastik dan logam.
  • untuk memegang benda kerja semasa proses memotong, memahat,mengikir, menggerudi dan lain-lain
3)Ragum gerudi
  • digunakan untuk plastik dan logam.
  • memegang benda kerja semasa menggerudi dan membentuk.
4) Player kombinasi 
  • digunakan untuk logam saja.
  • memotong dan memegang wayar,kepingan logam.
5)Player muncung bulat
  • digunakan untuk logam saja.
  • membentuk wayar, memegang benda kerja.
6) Pengapit F
  • digunakan untuk kayu,plastik dan logam.
  • mengapit benda kerja kepada meja kerja semasa menggergaji,memahat atau menggerudi.
7) Pengapit G
  • digunakan kayu dan logam.
  • mengapit benda kerja yang tebal/panjang semasa kerja-kerja pemasangan.
8) Pengapit sash
  • digunakan kayu,plastik dan logam
  • mengapit benda kerja yang panjang semasa kerja-kerja pemasangan.
9)Pengapit dan Blok V
  • digunakan untuk logam saja.
  • memegang benda kerja berbentuk silinder semasa menanda dan memesin.

Memotong bahan
proses memotong merupakan proses yang paling kerap digunakan untuk membentuk sesuatu bahan. Kerja memotong ini termasuk menggergaji,mengetam,melurah dan menggerudi.Alatan dan mesin pemotong yang terdapat di bengkel telah direka khas untuk bertujuan tertentu.Oleh itu, langkah-langkah keselamatan dan penggunaan alatan dan mesin dengan betul perlu dititikberatkan.

1) gergaji puting
  • digunakan untuk kayu dan plastik
  • memotong tanggam seperti tanggam puting,tanggam bajang(devetail) serta memotong lurus.
2)gergaji bajang(dovetail)
  • digunakan untuk kayu saja.
  • memotong kepingan kayu.
3)circular saw
  • digunakan untuk kayu saja.
  • membelah dan memotong bahan kayu yang bersaiz besar kepada saiz yang lebih kecil.
4) gergaji besi
  • digunakan untuk plastik dan logam
  • memotong logam rata, bulat atau segi empat.
5)jig saw
  • digunakan untuk kayu dan plastik.
  • memotong kepingan kayu atau bahan kayu yang lembut.
6)junior saw
  • digunakan untuk plastik dan logam
  • memotong bahan yang kecil yang berbentuk rata,bulat dan segi empat
7)gergaji lengkuk halus(coping saw)
  • digunakan untuk plastik dan logam.
  • memotong lengkuk bahagian luar dan dalam kepingan bahan.
8)forstner bit
  • digunakan untuk kayu saja
  • membuang/membersih serpihan yang terdapat pada kayu
9)holesaw
  • digunakan untuk kayu saja
  • menggerudi lubang yang bersaiz besar bagi kepingan bahan yang nipis.
10)ketam pelicin
  • digunakan untuk kayu saja
  • mengetam di sepanjang permukaan bahan kepada saiz yang dikehendaki.
11) gunting logam lurus
  • digunakan untuk logam saja
  • memotong kebanyakan kepingan logam dan plastik. Pemotongan dibuat secara lurus
12) gunting logam lengkuk
  • digunakan untuk logam saja
  • memotong lengkuk kepingan logam dan plastik.
13)kikir
  • digunakan untuk plastik dan logam.
  • membuang sedikit bahagian tepian tajam bahan kepada ukuran yang diperlukan
  • memotong,menipis dan melicinkan benda kerja.
14) surfoam
  • digunakan untuk kayu dan plastik
  • untuk menukul/mencabut paku pada kayu.
15) Pahat tepi serong
  • tidak dapat digunakan untuk kayu,plastik dan logam.
  • membuang/membersih serpihan yang terdapat pada kayu. 
16) pahat mata rata,pahat mata melintang,pahat mata bentuk intan,pahat mata bulat
  • digunakan untuk logam saja
  • digunakan untuk memotong dan memahat logam.
17) Belt sander
  • digunakan untuk kayu dan plastik.
  • sesuai untuk membuang bahagian bahan dengan banyak dan cepat.Amat sesuai untuk permukaan yang rata.
18) Gandin kayu
  • digunakan untuk kayu dan plastik.
  • digunakan sebagai pemukul untuk memotong bersama-sama pahat tepi serong
19) tukul bongkol bulat
  • digunakan untuk logam saja.
  • digunakan sebagai penukul bagi memotong bahan menggunakan pahat kayu
20)set pengulir
  • digunakan untuk logam saja
  • digunakan untuk membuat ulir/benang skru sama ada benag luar atau benang dalam
21) mesin gerudi meja
  • digunakan untuk kayu ,plastik dan logam.
  • digunakan untuk membuat lubang pada bahan. Saiz lubang yang dibuat bergantung kepada pemilihan mata gerudi.
22) mesin pelarik kayu
  • digunakan untuk kayu saja
  • melarik kayu bagi menghasilkan bentuk-bentuk yang berorientasikan bentuk silinder.
23) mesin pelarik tangan
  • digunakan untuk logam saja.
  • melarik logam bagi menghasilkan bentuk-bentuk yang berorientasikan bentuk silinder.
24) mesin pengisar logam
  • digunakan untuk logam saja.
  • memotng lurah dan parit.





No comments:

Post a Comment