A. tuliskan *betul* bagi pernyataan yang BETUL dan *salah* pada pernyataan yang SALAH.
- bahan semula jadi terdiri daripada kayu,logam,tanah liat,pasir, batu dan getah asli.( )
- mengetahui sifat-sifat mekanikal bahan adalah tidak penting apabila memilih bahan untuk pembuatan.( )
- sifat-sifat mekanikal ialah kekerasan, keteguhan, ketempaan, mulur ,pengalir elektrik, pengalir haba, ketumpatan dan keelastikan..( )
- kebanyakan bahan plastik ialah pengalir haba yang baik.( )
- Papan lamin dan papan blok ialah bahan yang sama, yang membezakannya ialah saiz lapisan batang kayunya. ( )
- sebelum sesuatu bahan dipotong, dibentuk dan dicantum, kerja-kerja menanda dan mengukur perlu dilakukan.( )
- antara alat yang digunakan untuk menanda ialah pensel, penggarit dan pen felt..( )
- Jangka tolok digunakan untuk mendapatkan garis pusat sesuatu objek yang berbentuk silinder .( )
- Rujukan datum tepian lurus dan bersudut tepat dan dijadikan rujukan untuk menanda bagi bahan kayu.( )
- Peralatan yang digunakan hendaklah sesuai dengan pekerjaan yang hendak dijalankan. ( )
- Pemilihan mata gergaji hendaklah dibuay berdasarkan kekerasan bahan. ( )
- Apabila memotong dengan gergaji, memadailah dengan hanya menggunakan bahagian tengah mata sahaja.( )
- apabila memasang mata gergaji halus( coping saw) ,matanya hendaklah menghala ke hadapan bagi memudahkan kerja-kerja menggergaji.
- jika hendak membuat pemotongan melengkuk menggunakan gunting di bahagian tengah kepingan logam,satu lubang perlu dibuat terlebih dahulu dengan menggunakan mesin gerudi ( )
- Pastikan mata pengetam selari dengan tapak pengetam dengan melaraskan tuil pelaras sisian. ( )
B. isikan tempat kosong dengan jawapan yang sesuai.
- logam boleh dibahagikan kepada dua kumpulan,iaitu( ) dan ( ).
- sifat mekanikal sesuatu logam boleh diubah dengan melakukan ( )ke atas logam tersebut.
- serpihan-serpihan kayu digunakan untuk menghasilkan papan cip dengan melekatkan serpihan kayu menggunakan( ).
- plastik elastomer mempunyai sifat( ) yang sangat tinggi.
- sering kali plastik dicampurkan dengan bahan-bahan tertentu untuk menghasilkan bahan plastik lain yang dikenali sebagai( ).
- Plastik sintetik dan semi-sintetik boleh dibahagikan kepada dua kumpulan besar ,iaitu ( ) dan ( ).
- Membentuk bahan kayu atau bahan lembut lain boleh dilakukan dengan menggunakan( ).
- mesin pelelas dikendalikan menggunakan kuasa elektrik di mana( ) berpusing dan benda kerja diletakkan di atasnya dengan mengenakan tekanan yang ringan.
- kikir boleh didapati sama ada dari jenis ( ) atau ( ).
- semasa memahat, pahat diletakkan pada( ) dari tepi logam dan( ) dari permukaan ragum dan pemotongan dimulakan dengan mengetuknya menggunakan tukul bongkol bulat( ).
- bagi melaras kelajuan mesin gerudi ini, kedudukan( ) dan ( )hendaklah diubah.
Schema jawapan:
No comments:
Post a Comment